Friday, April 2, 2010

BABAK 1

'Betul ke Aminah nak join tournament tu?'
Syitah mengangguk.
'Bukan ke mak dia tak benarkan?'
'Dia kata dia tak nak bagitau mak dia.'
'Karang apa-apa jadi?'
Syitah diam. Menyambung kerja Matematik Cikgu Latifah. Aku pun diam. Merenung tajam ke buku latihan kotak-kotak di hadapanku. Bukan aku tak tahu buat, tapi keputusan Aminah. Aminah tak patut tipu ibunya.
'Kalau dia join, aku nak pergi tengok,' perlahan aku berkata.
'Yela, mesti pergi. Ramai orang join. Miss Can pun join.'
'Miss Can lain. Dia instructor.'
Serentak itu, terdengar ketukan di pintu kelas. Aminah masuk dengan senyuman selepas memberi salam.
Dia menarik kerusi dan duduk.
'Dah nombor berapa?'
Aminah membuka bukunya.
'Aku dengan Syitah pegi support engkau nanti.'
'Wei, korang pergi la. Aku takut sorang-sorang. At least ada korang aku rasa ok sikit.'
'Takpe ke mak engkau tak tahu ni? Engkau nak cakap engkau pergi mana?'
'Biasala. Library. Kita kan memang selalu pergi library setiap Sabtu?'
Aku tak sedap hati. Menipu orang tua mesti ada akibatnya. Tak kira besar atau kecil. Tapi aku tahu, Aminah memang sudah lama mengimpikan untuk menyertai Pertandingan Taekwando ini. Dan sudah berpuluh kali dia meminta uminya membenarkannya menyertai pertandingan ini. Tak sesuai dengan perempuan balas uminya.
Malah, pihak sekolah juga tidak membenarkan. Jadi, setiap pertandingan akan ada peserta dari Academy Centre. Jurulatih atasan membenarkan ahli dari sekolah kami menggunakan nama Akademi dan segala yang berlaku adalah tanggungjawab akademi dan bukannya sekolah. Yang paling best, Guru Penasihat tahun ini tahu dan membenarkan penglibatan ahli-ahli taekwando dari sekolah kami dengan syarat menjaga adab sopan dan tidak menggunakan nama sekolah.
Kami ada reputasi untuk dijaga. Huruf A besar pada nama sekolah kami merupakan tanggungjawab dan bukannya sekadar nama.
Jadi, lusa aku dan Syitah akan ke Dewan Belia untuk menyokong kawan karib kami, Aminah dalam perjuangannya.